Monday, April 4, 2011

QirMumtaz2u: Tudung Labuh 4 Segi

QirMumtaz2u: Tudung Labuh 4 Segi: "Kod: TL01Bidang 60 (Prestige)Material: 100% PolyesterHarga: RM24Sold to Hamizah, thanks! Kod: TL02Bidang 60 (akel)Material: 100% Polyester..."

QirMumtaz2u: Blouse Labuh

QirMumtaz2u: Blouse Labuh: "ALL SOLD OUT! Material: CottonTak perlu di gosok/ironukuran seperti di bawah, RM25Sold To Cik Amah, Thanks! RM25Sold to Asyikin..."

Friday, February 11, 2011

Rahsia Dan Hikmah Diwajibkan Solat

Firman Allah SWT : "Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31)

Terdapat lebih 25 tempat ayat "agama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat di dalam Al-Quran. Selain itu, lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam Al-Quran.

Antaranya, firman yang bermaksud:

"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " (An-Nisa':103)

Setiap individu Muslimin dan Muslimah mesti mengerjakan solat. Malah, bagi ketua keluarga seharusnya memerintahkan ahli keluarganya melakukan solat. Ibu bapa pula wajib mengajar dan membimbing anak melakukan ibadat itu, seawal usia tujuh tahun.

Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keberkatan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya.

Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampirkan diri dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa berhubungan dengan Tuhannya.

" Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku." (Toha:14)


  • Solat adalah tanda kesyukuran.

Muslimin atau Muslimah yang mengerjakan solat adalah mereka yang tahu bersyukur sebenarnya. Mereka bersyukur atas segala nikmat dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepada-Nya.


  • Ibadat solat menghapuskan dosa.

Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali sehari dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana satu hadis bermaksud:

"Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)


  • Solat mencegah perbuatan keji dan mungkar

Ibadat solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukunnya boleh mencegah si pelakunya daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.

"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Ankabut:45)


  • Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup

Kita boleh lihat kehidupan orang yang memelihara solat dan orang yang tidak mengerjakan solat, jauh berbeza bukan!

"Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (Al-Mukminun: 1-2)


  • Solat dapat menenteramkan jiwa.

Orang yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekaligus menjadikan kehidupannya lebih ceria.

Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya.

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (Al-Ma'arij:19-23)

Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi Baginda adalah amalan penyejuk hati. Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukannya.

Kata Dulang Paku Sepih

Beberapa hari sebelum ini, saya terbaca sebuah blog. Apa yang ditulisnya sangat menusuk hati. Teguran ditujukan kepada mereka yang mempunyai blog, yang mungkin sudah merasa puas dapat melakar sebuah hikmah di jari-jari dan dikongsikan di blog masing-masing, namun adakah yang ditulis itu sudah benar-benar diinsafi diri sendiri?

Mungkin sahaja bagi pembaca, mereka berkata "Ah, kau hanya pandai berkata-kata, tapi perangai sama sahaja."

Sejauh mana yang menulis itu sendiri memahami dan menginsafi apa yang dituliskan? Serajin-rajin kita memberi nasihat dan teguran kepada orang lain, seberapa banyak pula dosa-dosa diri sendiri ditangisi dan diperbaiki serta diinsafi?

Teguran yang mungkin tidak dikhususkan kepada sesiapa, namun banyak iktibarnya. Hmm...Baru-baru ini, ada perjumpaan dengan adik-adik, akhwat yang dikasihi, yang baru menyertai keluarga besar sebuah persatuan di Universitas Padjadjaran (UNPAD). Dalam perjumpaan itu, sepotong ayat al-Quran dikongsikan bersama adik-adik:

"Wahai orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah as-Saff: Ayat 2-3)

Terfikir, adakah diri sendiri sudah melaksanakan apa yang diperkatakan? Baru-baru ini juga, semasa tazkirah harian di Caspel usai solat Maghrib, pada hari itu dibincangkan hadis ke-36 daripada hadis 40 himpunan Imam An-Nawawi; berkenaan amal-amal kebajikan dan balasannya. Antara intipati hadis ialah:

01.Anjuran menghilangkan kesusahan orang mukmin.

02.Menutup aib sesama muslim.

03.Sentiasa menolong saudaranya.

04.Mencari ilmu dan pahala serta ganjaran Allah di sebaliknya.

05.Ketinggian nasab tidak dapat membantu menampung amal yang kurang.

Dalam Syarah Arba'in Imam An-Nawawi oleh Imam An-Nawawi, Imam Ibnu Daqiq, Syeikh Abdurrahmad as-Sa'di dan Syeikh Muhammad Al-Uthaimin; berkenaan hadis ini, dimuatkan sebuah syair:

Nasihat pemberi nasihat tidak akan diterima

Sehingga hatinya terlebih dahulu memahaminya

Wahai kaum, adakah yang lebih zalim daripada pemberi nasihat

yang menyelisihi apa yang disampaikannya dalam keramaian

Ia menampakkan kebaikannya di hadapan manusia?

Sementara menyelisihi Yang Maha Pemurah ketika sendirian.

Terasa seperti ditusuk-tusuk hatiku saat membaca bait-bait syair itu. Astaghfirullah...

Sememangnya, kita disuruh untuk menyembunyikan aib kita dan orang di sekeliling kita. Namun itu tak patut dijadikan sebagai alasan untuk kita sewenang-wenangnya melakukan dosa di saat kita tahu tidak ada orang yang memerhatikan. Lupakah kita bahawa Allah Maha Melihat segala apa yang kita kerjakan? Kita bersembunyilah di mana pun, segala amal dan perbuatan kita dilihat dan dicatat oleh malaikat dan akan disoal tentangnya di akhirat kelak.

Imam an-Nawawi berkata, hadis itu (amalan-amalan kebajikan dan balasannya) mempunyai beberapa syarat, dan syarat yang pertama adalah mengamalkan apa yang diketahuinya (lantas dikongsikan syair itu). Hmm... Sudah lepaskah syarat pertama?


  • Syarat kedua, menyebarkan apa yang telah diketahuinya. "Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar." (Surah at-Taubah: Ayat 22)


  • Syarat ketiga, niat menyebarkan itu bukan untuk menandingi dan berdebat.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Barangsiapa mencari ilmu kerana empat perkara maka masuk neraka: Untuk menandingi para ulama, untuk berbantah-bantahan dengan kaum yang bodoh, untuk mendapatkan harta, atau memalingkan wajah manusia kepadanya." (Hadis Riwayat Imam At-Tirmidzi dan Hakim, dihasankan oleh al-Albani dalam Shahih al-Jami')


  • Syarat keempat, mencari pahala dalam menyebarkannya dan tidak bakhil. "Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi pertunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan pertunjuk mereka katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai pertunjuk (Al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya."" (Surah al-An'aam: Ayat 90)


  • Syarat kelima, tidak gusar untuk mengatakan "aku tidak tahu." Sedangkan Rasulullah SAW ketika ditanya malaikat Jibril tentang hari kiamat, menjawab "Tidaklah orang yang ditanya tentangnya lebih mengetahui berbanding orang yang bertanya." (Hadis kedua dalam hadith 40; Iman, Islam dan Ihsan)


  • Syarat keenam, tawaduk. "Dan hamba-hamba yang baik dari Rabb yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati." (Surah al-Furqan: Ayat 63)


  • Syarat ketujuh, tabah terhadap gangguan dalam menyampaikan nasihat dan meneladani salafus soleh. "Tiada seorang nabi pun yang mendapatkan gangguan sebagaimana gangguan yang aku terima." (Hadis hasan, dimuatkan dalam Shahih Al-Jami')

Segala gangguan atau ujian yang menimpa kita, ingatlah Rasulullah SAW adalah orang yang paling kuat ujiannya. Jika dibandingkan dengan Rasulullah SAW sangat kecil segala ujian atau musibah yang menimpa kita.


  • Syarat kelapan, memberikan ilmunya kepada orang yang lebih memerlukan,sebagai pengajaran, untuk mengingatkan kita kepada Allah SWT dan memberikan ketenteraman kepada kita.

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram." ( Surah ar-Ra'd: Ayat 28)

Manusia itu resamnya, memang sering lupa dan leka. Sering sekali, benda yang kita tahu salah itulah benda yang kita nak buat juga. Namun, apabila kita menyampaikan, secara tidak langsung kita mengingatkan diri kita sendiri. Bukan untuk mengatakan "aku lebih tahu" tetapi sebagai sumber kekuatan untuk kita mengamalkan apa yang kita perkatakan.

Jom, sama-sama kuat dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan masing-masing.Jangan jadikan kekurangan diri kita sebagai alasan untuk tidak menjadi orang yang lebih baik. Kita mampu melakukannya! Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, semoga kita berjumpa di syurga.

-sumber iluvislam.com/artikel

'Delete' 14 Februari Dalam Kalendar Minda Kita!

Apa istimewanya tanggal 14 Februari? Ia disambut dengan penuh kegembiraan oleh sebilangan besar rakyat dunia pada masa kini. Saban tahun, ramai tertunggu-tunggu akan tibanya tarikh tersebut. Kononnya ia adalah hari kekasih yang mana merupakan detik yang tepat buat pasangan yang hangat bercinta meluahkan rasa kasih dan cinta sesama mereka. Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun, asalkan hasrat hati mereka tercapai.
Jika diperhatikan, budaya menyambut hari kekasih ini sudah mendapat tempat dan begitu popular dalam kalangan masyarakat kita termasuklah yang beragama Islam. Ia lebih tertumpu kepada golongan remaja biarpun ada dalam kalangan kita yang sudah berumahtangga sekalipun turut sama meraikan.
Menyimpang
Hari kekasih begitu sinonim dengan pemberian hadiah berupa coklat dan bunga mawar merah. Ia adalah lambang kasih sayang yang sangat istimewa yang diberikan. Bunga mawar dipersembahkan dalam hiasan dan balutan yang cantik manakala coklat pula disampaikan dengan bentuk dan kotak yang menarik sama ada berbentuk hati dan sebagainya. Tidak cukup dengan hadiah, ada yang meraikan dengan makan malam istimewa dan juga 'pembuktian' ketulusan cinta yang dibina. Walaupun ia jauh sekali menyimpang daripada budaya dan syariat umat Islam, namun kerana nafsu, ia dikira 'halal'.
Hari ini, umat Islam terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman sama ada dari sudut budaya mahupun agama. Kita telah dijajah dari keseluruhan cara hidup, mentaliti, kelakuan dan juga amalan kerohanian yang sudah boleh dilihat adanya percampuran dengan unsur-unsur dari barat. Jadi, tidak hairanlah jika sambutan yang diraikan oleh golongan kristian turut sama disertai oleh umat Islam yang mudah terpengaruh.
Justeru, hari kekasih langsung tidak ada dalam sejarah Islam. Malah Islam sentiasa bersifat universal dan tidak dibatasi waktu, tempat,objek dan juga motif untuk menunjukkan kasih sayang. Hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Cintailah saudara se-Islam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari). Jadi ikutan siapakah hari kekasih ini? Apabila kita leka, kita secara tidak langsung akan meminggirkan suruhan agama dan lebih kepada mengikut hawa nafsu dan mencari keseronokan hidup. Tanpa kita sedar, rupanya kita menyambut hari pemujaan penganut kristian.
Asal-usul Hari Kekasih
Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah yang diceritakan mengenai asal usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Walau apa pun, jelas sekali ia langsung tiada kaitan dengan hari kebesaran buat umat Islam untuk turut sama meraikannya.
Allah telah berpesan kepada hamba-Nya, amal buruk jangan dikerjakan tidak kira dalam apa jua bentuk kelakuan sekalipun tetapi manusia sering melakukan sebaliknya. Apa-apa yang dilarang, itulah yang dibuatnya. Sama ada disebabkan ceteknya ilmu agama atau kerana terlalu mengikut hawa nafsu, jawapannya ada pada diri sendiri. Yang pasti, sambutan hari kekasih sudah menjadi trend dan mereka yang tidak meraikannya dipandang kolot dan 'out dated'.
Hakikatnya, sifat manusia ini lemah. Mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang sengaja ingin memusnahkan dan melemahkan pegangan umat Islam. Golongan yang tidak senang dengan kehebatan Islam cuba merosakkan budaya dan akidah walau dengan apa cara sekalipun. Jika kita perhatikan, sebelum tiba tarikh 14 Februari, sebilangan besar media massa di seluruh dunia berlumba-lumba menyiarkan tentang kemeriahan menyambut hari kekasih, pasaraya dan pusat membeli belah pula membuat promosi besar-besaran dari segi hiasan, potongan harga dan juga tayangan filem-filem cinta bagi membesarkan lagi sambutan hari kasih sayang ini.
Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran Islam dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkanlah perbuatan yang sia-sia ini. Ia bukanlah hiburan yang boleh mengembirakan hati kita malah memesongkan akidah. Kita wajar tahu yang beramal mengikut sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan juga keimanan kita terhadap Allah SWT.
Tiada istilah menyambutnya sekadar suka-suka. Keterlibatan kita dengan sambutan hari kekasih yang jelas khusus untuk golongan kristian sudah dikira salah malah jatuh kepada perkara haram kerana menggalakkan pasangan berdua-duaan dan menyalurkan rasa kasih sayang diluar batas syariat. Walau bagaimanapun, bagi yang sudah berkahwin, amat digalakkan berkasih sayang tetapi janganlah membesar-besarkan tarikh 14 Februari sebagai hari yang istimewa buat diri dan pasangan tetapi jadikan setiap hari adalah hari kekasih. Selain memperolehi kebahagiaan, kita juga diberi ganjaran pahala di atas amal kebaikan yang dilakukan setiap hari.


Rencana ini dimuatkan dalam tabloid iLuvislam edisi ke-48. Antara rencana menarik dalam keluaran minggu ini adalah :
    • Sejarah Cinta Hina Islam, Inikah Yang Diagung-Agungkan
    • Hari Kekasih, Laluan Kemungkaran
    • Islam Ada Cara Curahkan Kasih Sayang
    • Netbooks - Mudah Dibawa Kemana-mana
    • Ilmu Yang Bermanfaat, Saham Di Akhirat
    • Sikap, Dari Mana Anda Memperolehinya
    • Pelancong Anggap Orang Kita Pengotor
    • Mencari Ilmu Dalam Kegagalan dan Penyesalan
    • Dan macam-macam lagi..